4 perkataan itu tidak asing bagi mereka yang sedang menjalani pengajian Mengenal Allah. Pelbagai tafsiran dan penerangan dari Guru-Guru Pembimbing untuk memberi kefahaman berkenaan empat kata tersebut.
Secara kasarnya, empat kata tersebut adalah pecahan besar Ilmu Islam. Keempat-empat ilmu tersebut adalah Fardhu bagi tiap-tiap manusia. Bila ia dikatakan Fardhu, maka adalah wajib bagi setiap manusia mempelajari 4 ilmu tersebut. Ramai di kalangan kita masih belum pernah mendengar pecahan ilmu tersebut. Kerana hal ini tidak pernah diajar di peringkat persekolahan. Apa yang diajar di peringkat persekolahan tidak lain hanyalah tingkatan Syariat sahaja.
Tarekat, Hakikat dan Makrifat hanya boleh dipelajari melalui Guru Pembimbing.
Guru Pembimbing bukanlah sebilangan orang. Guru pembimbing adalah Guru yang layak mengajar anak muridnya ‘Mengenal Allah’.
Mengapa Tarekat, Hakikat dan Makrifat tidak kita pelajari di Sekolah? Kerana ilmu ini adalah terkait dengan Ilmu Rohani. Ilmu rohani sangat sulit diajarkan dalam persekolahan kerana ia banyak bersangkut-paut dengan perkara-perkara ghaib. Ghaib di sini bukanlah bermaksud makhluk halus seperti hantu, ghaib di sini bermaksud perkara-perkara yang tidak terjangkau dengan pancaindera zahir.
Perkara-perkara ghaib hanya boleh ditangkap dengan menggunakan pancaindera batin, iaitu Hati.
Ada juga yang mengatakan keempat-empat ilmu ini tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW. Benarkah kenyataan ini? Mari kita singkap Sirah Nabi SAW. Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi adalah pada umur Baginda 40 tahun. Pada tahun ke-11 keNabian, terjadinya peristiwa Israk Mikraj. Setahun lebih selepas itu, Baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah. Baginda wafat pada umur 63 tahun.
Perhatikan, dakwah Nabi SAW adalah selama 23 tahun iaitu bermulanya dari umur Baginda 40 sehingga umur Baginda 63 tahun. Peristiwa Israk Mikraj adalah pada tahun ke-11 keNabian. Ini bermakna peristiwa Israk Mikraj ini adalah dipertengahan dakwah Baginda. Di mana 23 bahagi 2 adalah 11 tahun 6 bulan.
Peristiwa Israk Mikraj adalah titik tolak bermulanya perintah Syariat yang dimulai dengan perintah Solat kepada manusia. Sebelum peristiwa Israk Mikraj apakah ilmu yang didakwahkan oleh Nabi SAW? Ilmu Hakekat lah yang didakwahkan Nabi SAW. Yang dikatakan Ilmu Tauhid, Ilmu Tasawwuf semuanya terkandung dalam Ilmu Hakekat.
Lihatlah perincian turutan ilmu yang disampaikan dan didakwahkan Nabi SAW di bawah:
Ilmu Makrifat: Ketika mendapat wahyu
pertama di Gua Hira’
Ilmu Hakikat: Sebaik keluar dari Gua Hira’
Ilmu Tarekat: Ketika peristiwa Israk Mikraj
Ilmu Syariat: Selepas peristiwa Israk Mikraj
sehingga Baginda wafat.
Inilah turutan ilmu yang didakwahkan Nabi SAW. Inilah buktinya 4 ilmu ini pernah diajarkan oleh Nabi SAW kepada manusia.
Hal ini sesuai dengan ungkapan yang cukup popular di kalangan mereka yang mendalami Ilmu Ketuhanan:
“Awaluddin Makrifatullah” yang bermaksud
“Awal Agama adalah Mengenal Allah”.
Ilmu mula-mula yang diterima oleh Nabi SAW adalah Ilmu Makrifat. Ilmu yang mula-mula didakwahkan Nabi SAW ialah Ilmu Makrifat.
Lihatlah betapa pentingnya bagi manusia untuk mengenal Allah terlebih dahulu. Makrifat bukanlah kemuncak bagi ilmu. Bukanlah ilmu penghabisan.
Tujuan manusia untuk belajar ilmu Agama untuk bermakrifat adalah salah sama sekali. Makrifat adalah mula-mula perlu dipelajari.
ILMU MAKRIFAT:
Adalah ilmu pengenalan kepada Allah. Apa yang dipelajari adalah bagaimana untuk menyatakan keberadaan Allah. Dapat merasai dekatnya Allah. Allah itu meliputi. Dan lebih dekat dari urat leher. Kenal bukan sekadar nama. Kenal sehingga mengenal akan Zat Allah. Sifat, Af’al (perbuatan) dan Asma’ (nama) adalah jalan untuk mengenal Zat.
Bukti sudah mengenal adalah mampu dan sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan Allah.
ILMU HAKIKAT:
Hakikat adalah berasal dari kata Haq iaitu Kebenaran. Hakikat adalah pancaran dari Ilmu Makrifat. Menyatakan kebenaran serta menghapuskan kebatilan. Apa yang dipelajari adalah hikmah. Setelah kenal, manusia diperintahkan untuk menyembah Allah. Bagaimana untuk menyembah? Menyembah adalah dilakukan oleh tubuh batin. Dipimpin oleh Roh. Ilmu Hakikat digunakan oleh diri batin untuk menyembah dan sampai kepada Allah.
ILMU TAREKAT
Tarikat bermaksud jalan. Jalan di sini merujuk kepada jalan mengenal Allah. Jalan untuk bertemu dengan Allah. Nabi SAW telah menunjukkan bahawa satu-satunya jalan untuk bertemu dengan Allah adalah melalui Israk Mikraj.
Ilmu Tarekat adalah ilmu yang luas. Bukan sebatas ilmu yang diajarkan selama satu malam. Apa yang dipelajari adalah bagaimana hendak mengalami Israk dan Mikraj dengan melewati 7 tingkat langit seterusnya bertemu Allah di Sidratul Muntaha.
Mikraj bertemu Allah ini dinamakan “Kemuncak Makrifatullah”
ILMU SYARIAT
Ilmu Syariat adalah ilmu yang bersangkut-paut dengan tubuh zahir iaitu Jasad. Salah satu tujuan diperintahkan Syariat adalah untuk menzahirkan Ilmu Hakikat yang dipelajari. Hakikat bersangkutan dengan perkara ghaib, manakala Syariat bersangkutan dengan zahir.
Setiap perintah Syariat pasti ada Hakekat. Ia juga dikatakan Hikmah. Hikmah disebalik perintah Syariat.
Sebagai contoh, tubuh zahir mengerjakan Solat manakala batin mendirikan Solat. Mengerjakan dan mendirikan adalah 2 perkara berbeza namun ia wajib dilaksanakan seiring.
Inilah serba sedikit pengenalan terhadap Ilmu Empat Segi yang dimaksudkan. Mengapa 4?
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Ia sesuai dengan:
4 penjuru Kaabah
4 huruf Asma Allah (Alif, Lam, Lam Ha)
4 huruf Asma Nabi SAW (Mim, Ha, Mim, Dal)
4 unsur Tubuh (Api, Angin, Air, Tanah)
4 arah Bumi (Utara, Selatan, Timur, Barat)
4 gerakan Solat(berdiri, rukuk, sujud,duduk)
Dan banyak lagi (boleh tolong sambungkan)
Wallahu’alam…
SEKADAR PENGENALAN SESUATU ILMU…ISI SELEBIHNYA CARILAH GURU ATAU ULAMA2 YG DIYAKINI…SEKIAN..
Suatu hari aku bertemu dengan orang gila (Al-majnuni Murokab) tak jauh dari makam seorang wali, Dia duk bercakap seperti sedang berbicara dengan seseorang, dia berbicara seperti ini:
” Andaikan mereka tahu bahwa ada wali “Tanpa nama tanpa gelaran” yang memiliki kemampuan seperti Wali Qutub , Nescaya mereka akan datang berbondong-bondong sekerap hari mencium tangan wali tanpa nama tanpa gelaran tersebut dan minta di do’akan hajatnya, jika Wali tanpa nama tanpa gelaran itu telah wafat Nescaya mereka akan berlama-lama diperkuburannya berdzikir, berdo’a dan bermuhasabah diri meminta ampun kepada ALLAH MAHA PENGAMPUN atas dosa-dosa mereka selama ini. Andaikan mereka tahu jika mereka sami’na wa athona kepada wali tanpa nama tanpa gelaran Nescaya ALLAH SWT akan angkat darjatnya, Namun sayang sekali kerana wali tersebut tanpa nama dan tanpa gelaran , Maka ia seringkali dilupakan dan diabaikan setiap orang”.
Aku yang dengar percakapannya terkejut dan tergumam “hahhh??? Betulkah ada wali tanpa nama tanpa gelaran yang kemampuannya seperti Wali Qutub ? Siapakah wali tersebut?” persoalan ini berlegar di mindaku.
Dengan sedikit rasa takut dan was-was aku dekati dia kerana ingin tahu siapa sebenarnya wali tanpa nama tanpa gelaran yang disebutkan ?
lalu terjadi dialog aku antara orang gila itu :
Aku : Maaf bang tadi saya dengar abang ada bercakap panjang lebar dan berbicara tentang wali tanpa nama tanpa gelaran, Siapakah sebenarnya wali tersebut bang ? Mengapa sedemikian hebatnya wali tanpa nama tanpa gelaran tersebut hingga kemampuan dan darjatnya hampir menyamai Wali Qutub ?
Orang gila tersebut menoleh kearahku lalu berkata :
” Kamu siapa? kamu mencuri dengar perbualan ku ya ? Apa pentingnya kamu perlu tahu tentang wali tanpa nama dan tanpa gelaran ?”
Ucapnya dengan nada agak tinggi, Mendengar ucapan suaranya yang agak bernada tinggi dan kasar , Membuat aku sedikit risau dan gelabah, lalu aku berkata :
” Maaf bang, bukan maksud saya untuk menyinggung perasaan atau mencuri dengar percakapan abang , Saya seorang muhibbun pecinta para Wali-wali ALLAH, Kadang-kadang saya dan para sahabat saya berziarah ke makam para wali, saya teringin tahu dan tertarik dengan wali tanpa nama tanpa gelaran yang abang sebutkan, Kalau boleh tahu, Siapakah wali tersebut bang ?”
Orang gila itu tertawa terbahak-bahak dan berkata: “HA HA HA HA HA HAA ….. dasar budak bodoh, Namanya juga wali tanpa nama tanpa gelaran, Tentu saja aku tidak tahu nama wali tersebut dan apa gelaran kewaliannya, kamu ini nampak saja cerdik tapi ternyata bodoh ! , HA HA HA HA HA”
Perucapannya menusuk hatiku dan membuat ku sedikit rasa terkilan kerana dia menyebut aku anak bodoh sambil Ketawa besar, Wajah ku merah padam menahan sedikit emosi, Sepertinya aku tersalah sangka ku kira orang gila tersebut orang yang boleh diajak berbual, tapi sebaliknya dia mengatakan aku budak bodoh, Tapi aku memang bodoh pun Haha , Betul lah dia cakap namanya juga wali tanpa nama tanpa gelaran jadi mana ada orang yang tahu nama wali tersebut? siapa yang tahu gelaran wali tersebut sedangkan wali tersebut tanpa gelaran?, Ahh sudahlah sebaiknya aku abaikan saja dia, aku pun terua memusingkan badan dan menoleh muka ku dengan wajah masam hendak meninggalkan orang gila tersebut,
Tiba-tiba dia berkata , ” Hai budak bodoh mahu kemana kalian, Kalian ini bagaimana ? datang pun tidak mengucapkan salam, Malah pergi begitu saja tanpa mengucapkan salam, baru diejek begitu saja sudah bermuka masam dan emosi, apakah mursyidmu yang seorang wali qutub tidak mengajarkanmu untuk mengucapkan salam saat datang dan pergi? Apakah mursyidmu yang seorang wali tidak mengajarkanmu untuk bersabar menahan celaan dan hinaan?”
Langkah ku terhenti, Astaghfirullah …. Hatiku tersentak , betul juga , aku tadi datang tanpa mengucapkan salam kepada beliau sebelum bertanya dan kini aku juga pergi begitu saja tanpa mengucapkan salam, Dan tak kusangka dia menyebut mursyidku seorang Wali Qutub , Sepertinya dia mengenal mursyidku…
Kemudian aku kembali menghampirinya dan berkata ” Assalammu’ alaikum bang mohon maaf bang atas kelancangan dan sikap saya kerana datang dan pergi tanpa mengucapkan salam, Sekali lagi saya mohon maaf” (sambil mencuba memegang tangannya untuk menyalam dan mencium tangannya), Orang gila itu menepis tanganku seraya berkata “Sudah! cukup minta maaf saja, Tak perlu cium tangan bagai”
Aku jadi serba salah, Tiba-tiba suasana menjadi senyap sejenak beberapa minit, aku diam dan dia pun diam.
Setelah beberapa minit, Lalu dia pun berkata, ” Kenapa kamu masih disini?”
Errr tidak ada apa bang , Saya masih tertanya tanya dan ingin tahu siapakah Wali tanpa nama dan tanpa gelaran yang dimaksudkan?
orang gila itu lantas bertanya ” Kamu ini tak faham faham juga, sudah berapa lama kamu belajar tassawwuf pada guru mu ?”
Aku menjawab “sudah hampir 7 tahun, bang” lalu orang gila itu berkata sambil menepuk pahanya :
” Sudah 7 tahun? Takkan masih tidak tahu wali tanpa nama dan tanpa gelaran , Apakah mungkin gurumu tidak memberitahu mu?”
Aku menjawab “saya sering membaca dan mendengar khutbah dari guru saya bang, Tapi saya belum tahu dan belum pernah dengar ada wali tanpa nama dan tanpa gelaran, dan guru saya pun tidak pernah menyebutkan siapa wali tersebut”
orang gila itu tertawa (Hahaha) lalu berkata ” Sebenarnya gurumu ada menyebutkannya , Bahkan berulang-ulang kali menyebutkannya. hanya saja kamu yang tak faham-faham dengan maksud gurumu, Lagi pula sebutannya wali tanpa nama dan tanpa gelaran, jelas gurumu tidak tahu nama wali tersebut dan tidak tahu gelaran wali tersebut, Tapi kamu sendiri tahu siapa wali tersebut, bahkan wali tersebut begitu dekat denganmu”
Aku tergumam dan berkata dalam hati “Aikkk ?? Aku sudah mengenal wali tersebut? siapa dia?
Orang gila itu tertawa kecil “He..he..he … Wali tanpa nama dan tanpa gelaran itu adalah orang tua mu sendiri , Nah sekarang aku tanya kamu.. sememangnya aku kenal siapa nama orang tua mu dan gelaran bagi orang tua mu ? Tentu aku tak tahu”
aku jadi bertambah bingung dan semakin tertanya-tanya..
” Orang tuaku? maksud abang kedua orang tua ku adalah wali tanpa nama dan tanpa gelaran? mengapa pula begitu ?”
Orang gila itu mula menatap mataku dengan tajam, Lalu bangkit dari duduknya lalu berkata :
” Apakah kau tidak tahu tentang Uwais Al Qarni, Salah satu sahabat yang tidak pernah bertemu NABI secara fizik dan juga seorang wali? apa yang menyebabkan dia memiliki darjat yang begitu agung hingga namanya terkenal di langit walau dibumi tak ada seorangpun mengenalnya? kau tahu??!!
” Uwais al Qarni pernah berkata bahwa ibunya pernah berkata dan mendo’akannya “anakku Uwais , aku tahu hatimu begitu sangat mencintai dan menginginkan dapat bertemu NABI MUHAMMAD Sallahu Alayhi Wa’sallam , Namun kini kau datang padaku dengan wajah dirundung sedih kerana tak berhasil menemui RASULULLAH Sallahu Alayhi Wasallam dan kau memilih segera pulang kerana memikirkan dan merisaukan aku ibumu ini nak , dan aku redha padamu, YA ALLAH kau MAHA TAHU, saksikanlah bahwa sesungguhnya aku telah redha pada anakku, Maka terimalah redha ku ya ALLAH dan redhailah anakku Uwais”,
Orang Gila itu berkata lagi : Dan apa kau tidak kau tahu bahwa Sulthonul AWLIYA SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI , dimasa kecilnya ketika dirompak malah berkata jujur tentang kantung emas yang ia bawa, perompak itu kehairanan mengapa dia malah jujur mengatakan kantung emas yang dibawanya , padahal setiap orang yang kena rompak selalu berbohong tentang bawaannya dan berusaha menyembunyikannya dari perompak, Lalu kau tahu apa kata SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI? beliau berkata “Ketika aku hendak pergi menuntut ilmu ibuku berpesan “anakku .. bila engkau bertemu dengan siapapun maka jujurlah jangan berbohong, sungguh ibu lebih redha bila engkau jujur, sekalipun engkau harus kehilangan harta dan bekalanmu daripada kau harus kehilangan kejujuranmu”……
Orang gila itu teruskan berkata kepada ku : ” Lihatlah ibumu, berapa lama dia menanggung dirimu dalam perutnya? apakah kau sanggup menahan perit dan pedih seperti dirinya hanya untuk menginginkan kau lahir di dunia hingga bertarung nyawa agar kau dilahirkan sihat dan selamat?? apakah kau pernah memikirkan hal ini ??
Itu kekuatan ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada ibumu melalui RAHMAN dan RAHIM NYA , ini adalah sumber kekuatan para AWLIYA”
Aku diam seribu bahasa, terasa hati ini ingin menangis sekuat kuatnya.
Lalu orang gila itu berkata lagi ” KAU BANGGA DAN TAKJUB DENGAN KAROMAH PARA WALI TAPI, PERNAHKAH KAU BANGGAKAN DAN TAKJUB DENGAN KAROMAH IBUMU YANG ALLAH SWT anugerahkan kepadamu?
PERNAHKAH KAU BANGGA DAN TAKJUB DENGAN KAROMAH IBU YANG MENGAJARKAN BERKATA-KATA KETIKA KAMU MASIH BAYI ??
Tidurnya sedikit kerana kau selalu menangis, Sebagaimana para AWLIYA yang tidurnya sedikit kerana memikirkan ummat NABI MUHAMMAD SAW yang banyak berkeluh kesah..
Apakah kau tidak tahu kalau itu adalah bukti karomah ibumu?, tidakkah kau pernah mendengar kalimat ini.
” Redha orang tua adalah redha nya ALLAH, Para awliya mereka menjadi Wali Qutub disebabkan redha dari orang tua mereka, Tidak kah kau sedar bahwa do’a dan harapan kedua orang tuamu hampir setara dengan Wali Qutub ?”
Siapa Doanya Lebih makbul dan mustajab antara Wali dan Doa seorang Ibu kepada anaknya. ?
Astaghfirullah al’azim….. Ya Allah . mendengar celotehan orang gila tersebut seakan petir menyambar seluruh tubuhku, badanku rasanya hancur binasa … ingin sekali aku rasanya menangis sekuat-kuatnya …
Orang gila itu berdiri lalu berkata sambil menunjuk kearahku ;
” Lihat dirimu, kelak kau akan jadi seorang BAPA, Apakah kau tahu karomah bapa mu selama ini? lihat tangannya, lihat punggungnya lihat kulitnya, setiap hari ia membanting tulang agar kau tetap dapat makan, tetap tertawa, tetap tersenyum, dia bekerja siang dan malam hanya untuk mengabulkan segala macam pinta dan rengekmu, ketika kau kecil dirimu melakukan kesalahan dialah orang yang paling depan membelamu, ketika kau dalam bahaya dia rela menghadapi bahaya itu untuk menyelamatkanmu, dia tanggung bebanmu dan ibumu dibelakangnya walau kian tua dia tetap berusaha menjaga mu sehingga dewaaa, tidakkah kau sedari bahwa bapa mu itu seorang MUJAHID FISABILILLAH ? yang setiap hari dia berjuang menafkahi kehidupanmu dan adik beradik mu bertahun-tahun bahkan berpuluh tahun, dia bapa mu! Dia adalah MUJAHIDIN kebanggaanmu”
Ya Rabb , aku seperti hancur lebur mendengar lotehan orang gila tersebut, bahkan ternyata selama ini aku yang gila bukan dia, aku melupakan siapa sesungguhnya orang tuaku sendiri, aku melupakan semua yang mereka beri padaku, bahkan aku sering takjub akan pesona dan karomah wali tapi aku tak pernah sedar dengan orang tuaku sendiri yang merupakan wali tanpa nama dan tanpa gelaran kewalian, …
Sesaat kemudian orang gila itu berlalu meninggalkanku tanpa sepatah katapun …. aku mengikuti dia dari belakang ingin tahu kemana dia pergi … Dan dia mendatangi 2 kubur, dan dia duduk bersila disana …. mulutnya kumat kamit seperti orang yang berdialog lalu kemudian dia tertawa terbahak-bahak sambil senyum dihadapan 2 kuburan itu, tapi aku tak tahu kuburan siapakah itu namun aku berhusnudzon mungkin itu kuburan seorang wali besar, kerana dari celotehan orang gila itu sepertinya dia tahu benar tentang wali, jadi aku fikir itu kuburan seorang wali ….
Tiba-tiba setelah selesai dia tertawa, dia diam …. suasana menjadi hening …. kemudian kulihat dia mulai menangis Menitiskan airmata dengan suara teresak-esak, tangisannya begitu pilu sehingga menyayat hatiku untuk turut menangis … aku tak tahu apa yang diucapkannya, sambil tangannya membelai belai kuburan itu, tangisannya menjadi lebih emosi, aku menjadi sedih bercampur bingung kerana tidak tahu mengapa beliau menangis … Namun akhirnya aku faham mengapa dia meraung-raung menangis dikuburan yang kusangkakan seorang wali, ditengah tangisnya aku mendengar dia mengucapkan “Makkk … ” , lalu pada kuburan yang sebelahnya dia berkata “Ayah … “
Kini aku baru faham mengapa orang-orang mulai menganggap dia gila, sebab dia sering tertawa, menangis meraung, dan bercakap – cakap sendiri di kuburan … seandainya aku jadi dia boleh jadi aku akan sama dengannya menjadi gila kerana ditinggalkan pergi oleh kedua orang paling yang disayangi …kita tidak tahu apa yang dilaluinya.
aku membalikkan badanku dan beransur pergi … bergegas ingin pulang kerumah untuk menemui kedua orang tuaku yang masih hidup. Alhamdulillah aku merasa beruntung masih memiliki wali tanpa nama tanpa gelaran yang masih ada di depanku….
Sepanjang jalan aku berdoa kepada Allah : “robbighfirlii waliwaalidayya warhamhuma kamaa robbayaanii shogiroo..
” Sayangilah Ayah Dan Ibu Kalian Sementara Allah Masih Meminjamkan Pada Kalian.”
Muridnya ada bertanya, Guruku, bagaimana kita nak jaga hati? Apa tandanya hati kita terpelihara dari perasaan PHD? lalu kujawap, nak jaga hati, lebihkanlah istigfar… Rajinkanlah solawat… Kerana istigfar untk diri, solawat untk nabi saw… Tanda hati terpelihara, bila kau memandang manusia lain, makhluk lain, hatimu diam tanpa bicara… Bibirmu senyum tanpa sangka… Itulah tanda hatimu terpelihara…
Lalu muridnya bertanya lagi… Bagaimana nak melatihnya sampai begitu sekali? Lalu gurunya, latihlah dgn melihat alam yg Allahswt jadikan ni… Melihat air, lalu istigfar… Melihat batu, burung, ikan, pohon, lalu istigfar… Melihat pengemis, org gila, ahli maksiat, lalu istigfar… Insyaallah, nanti hatimu bersih sendiri, tanpa sangka sangka dan hasad dengki…
Namun, Jangan lupa, sedekah jariah… Kerana disitu ada rahsia langit dan bumi… Sedekah senyuman, harta, pertolongan..
Moga sedikit sebanyak memudahkan perjalanan ini… Aamiin
Seorang murid berbincang dengan seorang Guru Sufi:
“Guru, saya tidak mahu ikut pengajian ini lagi”.
“Apa alasannya?”, tanya Sang Guru Sufi.
“Saya lihat di pengajian ini perempuannya suka bergossip, laki-lakinya munafik, pengurusnya cara hidupnya tidak benar, jamaahnya sibuk dengan dunianya, dan sebagainya”.
“Baiklah. Tapi sebelum kau pergi, tolong lakukan sesuatu untukku. Ambil segelas penuh air dan berjalanlah mengelilingi luar serta dalam masjid ini tanpa menumpahkan setitis air sekalipun ke lantai. Setelah itu engkau boleh meninggalkan masjid ini seperti keinginanmu.”
“Itu mudah sekali!”
Dia pun segera melakukan apa yang diminta Sang Guru Sufi, sementara pengajian sedang berlangsung.
Setelah selesai, dia berkata kepada Sang Guru Sufi bahawa dia siap untuk pergi.
“Sebelum kau pergi, ada satu pertanyaan. Ketika kau tadi berjalan keliling luar serta dalam masjid, apa engkau mendengar orang bergosip, melihat orang munafik, melihat orang sibuk dengan dunianya?”
“Tidak.”
“Engkau tahu mengapa?”
“Tidak.”
“Kerana engkau fokus pada gelasmu, memastikan tidak tersandung dan tidak ada air yang tumpah.”
Begitulah dengan kehidupan kita.
Ketika kita mengarahkan pandangan kita kepada Nur Allah yang kita imani, maka:
• Kita tidak akan punya waktu untuk melihat kesalahan orang lain
• Kita tidak akan punya waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.
• Kita tidak akan punya waktu untuk bergosip ria dengan orang lain
• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita menggapai Nur-Nya
Direndahkan tidak mungkin jadi sampah, disanjung tidak mungkin jadi rembulan. Maka jangan risaukan cakap-cakap orang, sebab setiap orang membacamu dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.
Teruslah melangkah selama engkau di jalan yang benar, meski terkadang kebaikan tidak selalu dihargai.
Tidak usah sibuk menjelaskan tentang dirimu, sebab yang menyukaimu tidak perlu itu dan yang membencimu tidak percaya itu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik.
Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam, tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan.
Jangan mengeluh, teruslah berdoa dan ikhtiar. Sibukkan diri dalam kebaikan hingga keburukan lelah mengikutimu.
Semoga menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
Allahu’alam… Wassalam
Perjalanan Menuju Ilahi. Kita Rasa,Kita Lalui, Hanya Kita dan DIA <3